Ram-ram Rip1Ram-ram Rip

 

Judul             :      Siri Panduan Permainan Tradisional Kanak-Kanak: Ram Ram Rip Edisi Kedua

Penulis          :      Shamsul Anuar Nasarah  dan Ahmad Shahar Nasarah

Harga             :     RM 20.00

Tahun             :     2015

Penerbit         :     Dewan Bahasa dan Pustaka

Permainan tradisional kanak-kanak antara khazanah bangsa yang diwarisi sejak sekian lama. Permainan ini diturunkan secara lisan daripada generasi kepada generasi dan hanya sebilangan kecil yang masih kekal sehingga hari ini. Keunikannya dapat dilihat melalui corak, peraturan, peralatan, dan dialog yang digunakan dalam permainan. Buku ini menghimpunkan 10 jenis permainan tradisional kanak-kanak yang lengkap dengan latar belakang setiap permainan, peraturan permainan, cara menentukan pemenang, sistem undian dan glosari. Judul ini juga disertakan dengan Cakera Video Digital (DVD) tunjuk cara permainan. Judul dalam Ram Ram Rip:

  • – Jengkek Ligan
  • – Gelek Para
  • – Lompat Jalinan Getah
  • – Biji Saga
  • – Laga Kuda
  • – Sorok-sorok
  • – Bola Tuju Kaki
  • – Tom Tom Bak
  • – Tarik Upih
  • – Ram Ram Rip

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1073379
    Visit Today : 515
    This Month : 21632
    Total Visit : 1073379
    Hits Today : 1962
    Total Hits : 4414203
    Who's Online : 12
  • Kategori